20090321


# Apa yang berlaku di pekarangan salah sebuah masjid di Perak tengah hari semalam, betul-betul memalukan dan memualkan!
# Dan kepada orang atau pihak yang melakukannya, anda sebenarnya tidak layak terlibat dalam persada politik Tanah Melayu ini. Bahkan anda juga sebenarnya tidak layak langsung tinggal di bumi Tanah Melayu apabila anda menghina seorang mufti dan raja dengan cara yang paling menjijikkan.
# Walaupun katanya terdapat saksi-saksi yang melihat kejadian serta suspek berserta kenderaan yang digunakan (Proton Waja berwarna putih), tangkapan masih belum dibuat sehingga kini.
# Berita dan penyiaran gambar-gambar poster tersebut dilakukan oleh beberapa blog pro pembangkang. Anehnya, blog-blog berkenaan serta blogger yang menyokong PR 'sepakat dan sebulat suara' mengatakan perbuatan tersebut dilakukan oleh petugas UMNO (BN) dalam usaha meraih sokongan pengundi Parlimen Bukit Gantang biarpun tiada tangkapan dan siasatan masih dan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
# Situasi ini mengingatkan kita kepada peristiwa ADUN Bukit Lanjan merangkap Exco Selangor, Elizabeth Wong dilenjan alat sulitnya tempoh hari apabila tuduhan dibuat serta-merta ke atas BN, khususnya UMNO. Namun siasatan yang dibuat menjurus kepada orang dalam parti PKR sendiri dan para pemimpin PKR 'bertungkus-lumus' cuba mengaitkan ahli parti mereka itu dengan UMNO dan BN juga.
# Mengapa terlalu cepat tuduhan dibuat?
Bak kata orang putih, 'something fishy going on....'
Dengan izin.